Sunday, October 16, 2011

Bertuahnya Aku...

Seperti biasa setiap hujung minggu aku bersama teman-teman yang aku cintai akan menyelusuri keheningan pagi, ke pasar Satok. Perasaan keluar pada awal pagi sangat berbeza berbanding keluar waktu tengah hari, petang dan malam kerana suasananya amat berbeza. Entah la..aku tak tahu apa bezanya...Rasa happy sangat bila dapat jalan jauh sikit dari fakulti, walau tidaklah jauh manapun... kalau berlari laju sepuluh minit da sampai...kalau joging slow and steady dalam 15min...tapi kalo jalan lenggang kangkung, setengah jam la baru sampai...Seperti biasa, tempat yang menjadi tujuan utama kami ialah pasar minggu. Rasa terpegun sangat bila dapat tengok segerombolan manusia sedang memenuhi pasar nie.
Di sinilah kita dapat melihat terhimpunnya ciptaan Allah yang paling istimewa yang digelar 'manusia'. Subhanallah, betapa agungnya ciptaan-Nya yang terlalu bervariasi dan unik. Mungkin memang hobiku sampinganku, ialah memerhatikan gelagat manusia. Bagiku sifatku yang satu ni banyak mengajarku untuk menjadi manusia yang bersyukur.
Di sini, aku dapat merasakan betapa bertuahnya hidupku di muka bumi ini. Apabila aku melihat di kananku, aku melihat seorang datuk tua yang agak uzur menggunakan kudrat tuanya untuk menyusun barang jualannya. Di kiriku, aku melihat seorang mak cik yang kurang penglihatan duduk di bawah terik matahari sambil menjual tisu. Aku tahu, ramai lagi di luar sana yang kehidupannya lebih mencabar daripada apa yang dapat aku saksikan di hadapan aku ini. Inikah realiti dunia. Adakah aku yang terlalu over sensitif? Sedangkan, mungkin bagi si datuk dia sudah lali akan kerjayanya sebagai penjual sayur. Mungkin juga mak cik rasa bersyukur dilahirkan buta kerana dia terpelihara daripada melihat kemaksiatan yang sedang bermaharajalela di sana-sini. Yakinlah setiap sesuatu yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi. Yang ada kekurangan jgn disangka tidak punya kelebihan, yang tampak sempurna jgn dianggap tidak punya kelemahan. Setiap individu perlu bijak mencari kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Andai kita sdh tahu kekuatan diri, maka gunakanlah ia dgn sebaiknya, bila kita sedar kelemahan diri, cuba utk perbaiki dan atasinya. Tapi tak bermakna kita perlu memaksa diri utk menjadi sesuatu yang kita tidak mampu. Nah...di sini perlunya kita untuk mengukur tahap kemampuan kita. Bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri.

Tapi sebenarnya bukan tentang menilai kemampuan diri yang ingin aku ingin persoalkan. Kali ni, aku seolah-olah tertarik untuk membicarakan tentang amalan tolong-menolong, menderma sesama manusia yang semakin hari semakin terhakis. Ramai yang seronok untuk menghulurkan bantuan, bila mana nama mereka terpampang di dada akhbar atau terpampang di kaca telivisyen. Mereka berasa amat puas andai mendapat publisiti dan pujian daripada pertolongan yang mereka hulurkan dengan nilai yang begitu banyak. Tak perlu rasanya, kita sebut soal keikhlasan mereka, kerana hanya Allah saja yang mengetahui apa yang tersirat dalam qalbu hamba-hamba-Nya. Cuma, mengapa kita seolah-olah tidak teruja untuk menghulurkan bantuan yang hanya kita dan Allah saja yang tau. Wlupun dengan RM1 jika hulurkan kpd yang memerlukan amat bernilai harganya. Sekurang-kurangnya dgn RM1 itu, dpt menghilangkan dahaga mereka, mengalas perut mereka. Untuk kita yang pada dasarnya kelihatan lebih bertuah ni, menghulurkan RM1 ni kepada yang memerlukan tak mungkinlah menyebabkan kita jatuh muflis atau pun jadi papa kedana. Malah, insyaAllah Allah akan mememurahkan lagi rezeki kita.

Jika hendak membuat kebaikan itu sesuatu yang luar biasa ataupun memrlukan pengorbanan yang besar. Kebaikan yang kecil-kecil itu kadang-kadang lebih kemanisannya. Menolong mak membuat kerja rumah, memberi kucing makan, membantu adik dan kawan dalanm pelajaran, bagi makanan dengan jiran, bagi kucing makan, memasakkan kawan yang kelaparan, membantu orang kurang penglihatan melintas jalan, tolong warga emas mengangkat barang. Walaupun pertolongan yang kita berikan tu simple, sekiranya ia mampu meringankan beban orang lain dan membuat mereka tersenyum itu sangat berbaloi. Kecik atau besar pertolongan tu biarlah Allah yang menilainya.

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya. Dan sesiapa mengikuti satu jalan untuk mencari ilmu Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga. Tidak berkumpul satu kaum di dalam rumah dari rumah-rumah Allah dan saling belajar dan mengajar antara satu sama lain melainkan turunlah ketenangan atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengerumuni mereka dan Allah akan menyebut (nama-nama) mereka di sisi-Nya. Dan sesiapa yang kurang amalannya maka nasab (keturunannya) tidak akan dapat menyempurnakannya.”

(Muslim)

Lama juga aku mengelamun...baik aku cari barang-barang yang lain. Kutinggalkan mak cik penjual tisu setelah aku beli tisunya. Di tanganku, ada seikat sayur kacang panjang kubeli dari datuk tua=)

No comments:

Post a Comment