Tuesday, April 12, 2011

Memori TerindahKu...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua=)

Untuk entri kali nie, tetiba rasa nak mengimbau memori masa zaman kecik-kecik dulu. Semua insan pernah merasa dan melalui pengalaman masa kanak-kanak dulu. Kalau diberikan peluang, rasanya ramai yang nak kembali ke zaman tu kan? Yalah,menjalani kehidupan sebagai orang dewasa ni semakin hari semakin mencabar, dugaan datang dan pergi tanpa kita undang dan diluar batas kawalan kita. Masa kanak-kanak dulu, kita rasa bebas dari beban dan tanggungjawab. Ya, diakui kita mestilah realistik dan berpijak di bumi nyata bahawa kita tak boleh kembali ke alam yang ceria itu. Tetapi tiada salahnya, andai kita mengimbau sejenak kenangan-kenangan manis kita masa kecil dulu. InsyaAllah, ia akan dapat memberi kita inspirasi dan sebutir senyuman.

Cuba kenangkan kembali kenangan hari pertama korang melangkah masuk ke sekolah.Masihkah kau ingat??? Hehe…Mesti ramai yang ada pengalaman lucu kan??? Pengalaman hari pertama masuk persekolahan aku dulu biasa-biasa saja, tidak ada yang lucu pun. Tapi ia tetaplah salah satu kenangan terindah dalam hidupku..of course la.. Emmm…Rindunya zaman sekolah dulu. Dulu masa sekolah tadika kemas, pakaian seragam dia baju petak-petak kecik warna merah dengan kain paras bawah lutut warna biru gelap. Hehe…rasa cute plak pakaian seragam tue..Kalau dingat-ingat pakaian tue ada iras skit dgn pakaian sailormoon, tp color berbeza and tak da neck tie.

Emm…ada lagi, bila kali pertama korang naik kat atas stage? Ingat tak lagi kenangan tue??? Hehe..saya ingat sangat-sangat…Masa tue ikut pertandingan ratu cantik kanak-kanak, Masa tue umur aku 5 or 6 tahun…Dan aku menang dengan penuh confident..wawawaaa…tak sangka masa kecik berani…Lepas tue, aktif dengan pertandingan bercerita…Cerita yang paling membawa banyak kemenangan dan kenangan adalah cerita bidasari. Tau tak cerita tue? Cerita tue ala-ala cerita Snow White, bezanya dia tak da orang kerdil. “ Wahai cermin, cermin hikmat, siapakah yang paling cantik di dunia ini?”. Ingat lagi, masa tue bapa yang buatkan cermin hikmat tue. Bapa, mak dan adik-adik sgtla supportive. Bayangkan, sebelum pertandingan aku akan mempersembahkan ceritaku depan family. Emm…Sweetnya memory tue…

Cerita pasal kartun la pulak…kartun kegemaran untuk setiap budak perempuan, apa lagi kalo bukan sailormoon. “ Dengan kuasa bulan akan menghukummu…”. Walaupun, sailor-sailor nie takkan menang tanpa Tuksedo bertopeng yang melontar mawar merah tue tp still jg suka… Hehe..Suka sgt watak usage sukino tu wlupun dia tue clumsy dan nakal, tp sgt cute kan??? Lagi, aku juga minat power rangers…Oleh kerana minat yang mendalam terhadap warna kuning sejak lahir lagi, jd aku tetap memilih power ranger kuning, walaupun kadang-kadang ranger kuning tue tak secantik ranger pink. Tapi at least, aku tak perlu berebut dgn adik aku mila yang minat ranger pink…Hehe…Doraemon pun kartun yang aku tak boleh lupa…Cam na nak lupa, sampai sekarang Doraemon masih lagi femes…Emm…da berapa generasi kanak-kanak da meminati kartun Doraemon tue…Kiranya, dia tak lapuk ditelan zaman.

Banyak lagi, sebenarnya kenangan zaman kanak-kanak dulu…Memang tak habis kalo nak cerita semuanya…Tapi, aku nak share salah satu lagu peberet aku masa kecik-kecik dulu.

Bintang kecil, di langit yang tinggi
Amat banyak, menghias angkasa
Aku ingin, terbang dan menari
jauh tinggi ke tempat kau berada
Aku ingin terbang dan menari
Jauh tinggi ke tempat kau berada…



No comments:

Post a Comment