Friday, November 19, 2010
Pernahkah Kau Bermimpi Berada di Tempatnya...
Friday, October 15, 2010
Ibu...tolong kawan Fitri!!!
Sunday, October 10, 2010
Tuhan Berikan Aku Cinta...

Saturday, October 9, 2010
Ketika Cinta Bertasbih...

Thursday, September 30, 2010
Dilanda Masalah?Berpura-pura bahagia? Atau pamerkan kesedihan!!!
.jpg)
Sunday, July 25, 2010
Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah
-Hijjaz-
Kita mengaku bahawa kita adalah umatnya Kita mengharapkan syafaatnya Kita melafazkan rasa cinta padanya... Tapi sejauh mana kita semaikan rasa cinta kita pada dia kekasih Allah? Sejauh mana kita sematkan baginda Rasulullah dalam sanubari kita?
Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku. Lalu Rasulullah s.a.w berkata:” Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri. Umar pun berkata:” Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku. Baginda berkata kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!”
Konklusinya, tanyalah iman kita sejauh mana kita mencintai baginda Rasulullah... adakah cinta kita padanya lebih besar daripada kita cinta pada para artis, selebriti dan seangkatan dengannya, kerana mungkin ada yang berpendapat bahawa artis yang dipuja-puja itu indah, cantik, kaya. pada hakikatnya siapalah mereka jika hendak dibandingkan dengan Muhammdad kekasih Allah. Allahuakhbar.
Wednesday, April 7, 2010
Senyuman Penawar Duka...
Senyumlah... Walau nuranimu dirantai nestapa
Senyumlah...Walau jiwamu sesak dihimpit dilema...
Ukirkanlah senyuman indah ketika dirimu sedang bersedih,
Percayalah itu adalah satu usaha untuk menentang kesedihanmu,
Renunglah dunia ini sedalam-dalamnya,
Lihatlah, di sana insan yang lebih malang daripadamu,
Si anak kecil yang tidak pernah kenal erti kesenangan dan kemewahan,
Ketakutan dan tangisan menjadi teman sejati,
Si anak muda tekun belajar di sekolah pertempuran,
Menggunakan doa dan senjata,
Beruniformkan darah dan air mata...
Tataplah dunia dengan mata hati,
Pantaskah dunia yang sementara ini ditangisi?
Janganlah takut pada kegelapan malam,
Kerana fajar pagi yang menyingsing pasti menebar cahayanya,
Begitu juga kesedihan akan diganti kebahagiaan,
Yakinlah ALLAH Maha Adil...
Bila fikiranmu diserabuti masalah,
Kau harus tahu kepada siapa hendak kau mengadu...
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang."
(Ar-Ra'd: 28)
Janganlah terpengaruh dengan bisikan musuh,
Jalan mudah bukan penyelesaiannya,
Keseronokan sementara tak kekal lama,
Sebaliknya,
Carilah Dia, kembali pada jalanNYA...
Sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha penyayang,
"Jika hamba-hambaKU bertanya kepadamu (Muhamamad) tentang Aku,
maka sesungguhnya aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang
yang berdoa apabila dia berdoa kepadaku."
(Al-Baqarah: 186)
Lalu, janganlah bersedih lagi,
Senyumlah menghadapi hari-hari berikutnya,
Kerana kita ada Dia, yang menciptakan kita menjadi sebaik kejadian,
Dia yang memberi kita pinjaman kenikmatan dan kebahagian di dunia ini,
Jangan bazirkan, jangan disorok sahaja,
Gunakan sebijaknya agar kita dapat menjadi khalifah di bumiNYA ini...Amin...
Salam Inspirasi.
Friday, March 26, 2010
Thursday, March 25, 2010
Renungan Sejenak...
Contohilah bintang yang bercahaya, dan jangan takut dengan malam yang gelap gelita.
Bersabarlah menghadapi pahit mahung dunia, kerana sabar itu akan mewariskan kebijaksanaan.
Perkara-perkara kecil dan remeh sering mengheret orang yang bijak turut menjadi gila.
Carilah nikmat dalam kesedihan, kerana tidak ada yang kekal di dunia ini, termasuk kesedihan itu sendiri.
Wednesday, March 24, 2010
Aduhai Hati...
Mengapa kau begitu rapuh...Mengapa kau harus menangisi dunia ini, sungguh dunia ini tidak layakuntuk ditangisi...
Aduhai hati,
Kehidupan ini memang tak seindah yang kita impikan, tak juga semudah yang kitafikirkan...Namun kita mesti tegar menghadapinya
Aduhai hati,
Kembalilah pada penciptamu...
Hanya DIA yang menberimu kekuatan...
Saturday, January 23, 2010
Fatimah az Zarah Puteri yang Dermawan
Allah merakam perilaku mulia Rasul dan keluarganya yang mengutamakan keperluan orang lain dari kepentingan diri mereka. sebagaimana firman Allah, maksudnya: " Dan mereka mengutamakan orang lain atas diri mereka sendiri, meski diri mereka sendiri sebenarnya memerlukannya." (al-Haysr: 9)
Diceritakan oleh Ibn al-Jauziy, Rasullulllah pernah membuatkan sehelai baju untuk fatimah pada malam pernikahannya kerana pada waktu itu fatimah hanya memiliki sepasang baju itu pun sudah penuh dengan tampalan. Tiba-tiba seorang papa berdiri di pintu rumahnya dan meminta baju yang layak dipakai. Mula-mula, Fatimah hendak memberikan bajunya yang penuh tampalan itu. Manun dia teringat akan firman Allah yang bermaksud: " Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan yang sempurna, sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang paling kamu cintai." (ali-Imran:92)
Fatimah lalu memberikan baju barunya kepada papa tersebut. Menjelang hari pernikahannya, Jibril datang memberinya sebuah baju yang terbuat daripada sutera hijau. Melihat perilaku mulia Fatimah tersebut, wanita-wanita yahudi yang hadir kemudian memeluk Islam. Tidak lama kemudian suami mereka juga masuk Islam.
Cintamu milik Siapa?
Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Tuhanku, aku mohon supaya cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan (aktiviti) yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu."
Hadis riwayat Tirmidzi: 3341
Sahabat, perasaan cinta itu adalah fitrah semulajadi insan. Sahabat, kita tidak dapat mengusir perasaan kasih sayang yang hadir kerana ianya naluri kita sebagai insan. Sahabatku, kita lahir di muka bumi ini pun kerana wujudnya cinta dan kasih sayang. Namun janganlah kita jadikan cinta sebagai dalang sehingga kita sanggup membelakangkan batas-batas syariatNya. Cinta yang tersemai dalam diri kita perlulah disuburkan terlebih dahulu kepada Allah. Dialah pencipta kita. Diikuti cinta kepada kekasihnya Allah, Rasullah S.A.W. Baginda juga idola cinta yang ulung. Lupakah kau sahabat, bagaimana cintanya baginda kepada kita, umatnya. Jangan pula kau lupa ibu bapamu, insan yang telah melahirkan dan membesarkan kau dengan kasih sayang dan cinta. Merekalah insan pertama yang mengajarkan kau erti cinta. Ya, mungkin kau tidak menyedarinya, kerana kau menyatakan cinta pertama mu si pulan bin si pulan. Benarkah begitu sahabat? Cintamu milik siapa? Sahabat, janganlah kau menganggap cinta sejati itu adalah cinta kekasihmu yang belum tentu menjadi milikmu. Kau seolah-olah terpukau dengan keindahan cinta yang penuh dengan noda dan dosa. Dan apabila kita terlalu alpa, dan menyahut bisikan syaitan hingga kita terjelepok jatuh ke lembah kemaksiatan, adakah kita berhak menyalahkan cinta? Cinta ciptaan Illahi...Cinta tidak bersalah. Janganlah kerana kekhilafan diri kita menuding kepada yang lain...Ingatlah sahabat, tiada cinta yang sejati, melainkan cintanya Pencipta. Wallahualam.