Sunday, July 25, 2010

Dia Kekasih Allah















Malu rasanya mengatakan cinta

Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah
-Hijjaz-


Kita mengaku bahawa kita adalah umatnya Kita mengharapkan syafaatnya Kita melafazkan rasa cinta padanya... Tapi sejauh mana kita semaikan rasa cinta kita pada dia kekasih Allah? Sejauh mana kita sematkan baginda Rasulullah dalam sanubari kita?

Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku. Lalu Rasulullah s.a.w berkata:” Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri. Umar pun berkata:” Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku. Baginda berkata kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!”
Riwayat Muslim

Konklusinya, tanyalah iman kita sejauh mana kita mencintai baginda Rasulullah... adakah cinta kita padanya lebih besar daripada kita cinta pada para artis, selebriti dan seangkatan dengannya, kerana mungkin ada yang berpendapat bahawa artis yang dipuja-puja itu indah, cantik, kaya. pada hakikatnya siapalah mereka jika hendak dibandingkan dengan Muhammdad kekasih Allah. Allahuakhbar.

No comments:

Post a Comment