Friday, February 25, 2011

Ceritera Kehidupan...

Bila kubuka mata ini, kubersyukur ya Allah...Aku masih aku...Aku masih hidup. Aku masih sihat. Perjalananku sebagai seorang pengembara di bumi ini, kurasakan seperti cuaca. Kadangkala hujan, kadangkala panas, kadangkala mendung. Aku pun sama, kekadang aku kuat, gembira dan bersemangat, adakalanya aku rasa lemah, letih, bosan, sedih, sepi, marah dan kecewa. Tapi, bila aku jeling apa yang ada di sekitarku...terlalu ramai mereka yang kurang ernasib baik, tapi mereka tetap tersenyum dan berani untuk menghadap realiti kehidupan.

Baru2 ni, aku posting di wad hemodialisis. Tau tak apa 2 hemodialisis???Apa tu???Hemodialisis ialah satu daripada kaedah rawatan gantian ginjal yang menggunakan mesin hemodialisis, tiga kali seminggu, sekurang-kurangnya 4 jam setiap sesi rawatan. Rawatan boleh dilakukan di pusat rawatan hemodialisis atau di rumah. Pesakit rawatan hemodialisis perlu menjalani pembedahan membuat 'fistula' terlebih dahulu. Bunyinya semacam mudahkan? Ya...aku pun berfikir seperti itu pada mulanya. Bila dah rosak buah pinggang ada juga cara hemodialisis, transplan atau peritoneal dialysis. Kiranya pesakit buah pinggang ni boleh meneruskan hidup macam orang normal yang lain. Fikirku pada awalnya. Benarkah semudah itu? Ironinya, apabila aku mendekati, berbual-bual dan bercerita mengenai kisah hidup mereka, baru aku sedar yang ia tidaklah semudah yang aku fikirkan. Ya...persepsi aku salah. Bayangkan, untuk rawatan hemodialisis seseorang perlu mendapatkan rawatan 3 kali seminggu, selama 4 jam...bagi peritoneal dialisis 30min 4 kali sehari. Adakah masa yang diamabil untuk rawatan ini tidak mengganggu kehidupan sosial para pesakit? Mungkin, jika untuk para pesara atau warga emas yang tidak bekerja lagi, menjalani rawatan tidak begitu mengganggu. Tapi bagaimana dengan pesakit yang masih lagi berusia belasan tahun? Destinasi kehidupan mereka masih lagi jauh. Arah perjalanan mereka masih belum jelas. Bagaimana pula dengan tahap keyakinan dan semangat mereka? Apakah mereka kuat untuk mengorak langkah ke hadapan? Aku sungguh simpati, melihat ramai antara mereka yang masih muda. Malah lebih muda daripada aku. Apa yang lebih menyedihkan, mereka juga tidak menyambung pelajaran. Ya, mungkin masalah kesihatan mengekang mereka untuk maju dalam pelajaran. Adakah itu faktor utamanya? Atau pun mereka ditekan oleh pelbagai masalah lain? Setiap insan ada kisah unik yang tersendiri yang tidak dimiliki dan dirasai oleh orang lain.
Aku berkenalan dengan seorang adik ni. Aku lihat dia seorang yang agak pendiam. Aku cuba untuk berbual dengan dia yang sedang menjalani hemodialisis. Dia tidak kekok pula bila diajak berbicara. Oleh kerana masa yang diambil untuk dialisis ni agak lama, so aku pun gunakan masa ni dengan sebaiknya untuk berbual dengan patient (history taking). Adik ni, dah hampir 2 tahun sakit buah pinggang, tapi baru 3 bulan lebih guna hemodialisis. Sebelum ni, dia guna peritoneal dialisis (CAPD). Tapi oleh kerana dia terkena jangkitan (peritonitis) so, dia pun menjalani rawatan hemodialisis. Dalam famili dia, dia dan emaknya sahaja yang menghidap sakit buah pinggang. Tapi Allah lebih menyayangi maknya. Tinggallah dia yang juga anak sulung, mengalas tanggungjawab menjaga adik2nya. Si ayah yang sepatutnya menjadi tempatnya berpaut sedang meringkuk di penjara. Tak sangka juga adik ni sanggup berkongsi kisah peribadinya. Mungkin dia hanya ingin meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Aku hanya mampu memberi sedikit kata yang kuharap dapat memberinya secebis semangat. Tapi, adakah seorang remaja yang baru berusia 19 tahun dan bergantung dengan mesin dialisis mampu untuk melangkah ke kehidupan yang lebih baik dengan latar belakang sosial yang tidak begitu baik? Dia yang sepatutnya sedang berjuang menimba ilmu terpaksa mengharungi kesulitan hidup. Tapi aku yakin DIA tahu yang terbaik untuk hambaNya, mesti ada hikmah di atas setiap yang berlaku. Aku harap adik tetap teguh, tegar dan tabah meneruskan kehidupan ini. Tidak mustahil dia mampu membuat keajaiban. Aku tahu lidah ini amat mudah mengeluarkan kata2, tapi bagi yang memikul bebannya merasa amat payah..bak pepatah melayu berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ada lagi seorang patient ni baru berusia 22 tahun. Dia telah 7 tahun menjalani hemodialisis. Tidak disangkanya, pembedahan apendiks menyebabkan dia terkena jangkitan di buah pinggang. 24 hari dia koma, satu bulan lebih dia terlantar di ICU. Kini dia meneruskan kehidupannya bekerja di restoran dan menjalani rawatan di hospital. Pada mulanya, dia menyembunyikan identitinya sebagai seorang pesakit, tetapi akhirnya dia berterus-terang dan mujurlah dia tetap diberikan peluang untuk terus bekerja. Walaupun hidup sederhana, tetapi itu sudah memadai. Tak semua yang kita impikan dapat kita realisasikan.
Terlalu banyak rasanya, suka duka kehidupan pesakit2 buah pinggang ni. Bila mereka datang untuk hemodialisis mereka kelihatan sgt rapat antara satu sama lain. berkongsi cerita, bergurau senda, usik mengusik begitu menghiburkanku. Apa yang mengagumkan, mereka sangat expert menjalankan hemodialisis sendiri. Cucuk jarum sendiri, pasang tubing sendiri, ambil tekanan darah sendiri. Sebenarnya, patient2 nie la yang banyak ajar kami para nursing student nie. Terima kasih pada semua...Sesungguhnya, kamu memberi aku seribu satu pengajaran...dan pastinya inspirasi buat aku untuk menjadi hamba yang bersyukur dan nurse yang baik satu hari nanti...Amin=)

Buat semua nurses " When you're a nurse you know that every day you will touch a life or a life will touch yours"- Author unknown.

Saturday, February 5, 2011

Nur Malam


Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

Friday, February 4, 2011

Sepatah Madah untukmu Muslimah...


Muslimah...
Tundukkanlah pandanganmu,
Keraskanlah suaramu,
Tampilkan ketegasanmu,
Jangan kau rapuh di depan sang Adam,
Ketuk kealpaan mereka, bangunkan mereka dari mimpi...
Jauhi cinta palsu andai tak mahu hanyut dalam kehancuran.

Muslimah,
Mana malumu, mana maruahmu,
Jangan kau gadaikan dirimu,
Demi cinta yang tidak suci,
Simpanlah cintamu,
Untuk yang selayaknya kau cintai,
Yang pasti untuk Sang Pencipta,
Pemilik Cinta hakiki...

Muslimah,
Jadilah seperti Khadijah,
Contohilah peribadi Fatimah,
Tabah dalam perjuangan,
Tegar menghadapi dugaan,
Indah personaliti, indah budi dan hati,
Begitulah muslimah sejati...

Friday, January 28, 2011

Sanah Helwa To Me...

Alhamdulillah Ya Allah...
Aku masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kembara di bumiMu,
Aku masih lagi dapat meghirup udara segar kurniaanMu,
Pabila kubuka mata ini, aku masih lagi dapat melihat keindahan langit rahmatMu,
Ku masih dapat dengar deruan ombak dan kicauan burung anugerahMu,
Ku masih dapat mencium bau haruman kuntuman bunga ciptaanMu...

23 tahun lalu aku dilahirkan ke dunia... Rasa cepat sangat perjalanan hidup ini...Ya Allah kau tunjukkanlah aku jalan yang lurus agar aku tidak terleka dan alpa dengan tipu daya duniawi...

Friday, January 21, 2011

InsyaAllah Ada Hikmahnya...



Aku tergamam bila mendapat tahu berita itu. Aku tidak menyangka adikku yang baru 2 minggu menjejakkan kaki ke KL itu telah terlibat dalam kemalangan. Ya Allah... Aku harap tidak ada apa2 yang teruk berlaku kepadanya.
Aku terus terfikir bagaimana keaadaan mak apabila tahu berita ni. Rupa2nya bapa belum memberitahu mak apa2 tentang adik. Huh...Aku faham kenapa bapa ingin rahsiakan semua ni dari mak. Mak baru sahaja kering air mata dan boleh menerima pemergian adik bertugas di tempat orang. Tidak sanggup rasanya aku melihat jujuran air mata dan esakan emak lagi. Tapi sampai bila bapa nak rahsiakan semua ni??? Fikirku...
Rupa2nya, bapa pun tak sampai hati untuk menyembunyikan kebenaran. Aku faham menyembunyikan kebanaran amat sakit rasanya. Akhirnya, dengan mengumpul kekuatan bapa berterus terang kepada emak.
Alhamdulillah... walaupun dengan linangan air mata, mak masih mampu redha dengan kehandak Ilahi. Sekarang bapa dan mak meninggalkan negeri di bawah bayu terbang ke KL, untuk melihat keaadaa adik yang dirawat di salah sebuah hospital di sana. Rasanya tak perlulah aku cerita keaadan adik. Aku cuma mohon agar dapat menghadiahkan secebis doa buatnya.
Aku harap adikku dapat tegar sabar dan redho dengan semua ujianNYa.

Semua kejadian di muka bumi adalah atas kehendak, aturan dan kuasa Allah. Dedaunan kering yang ditiup angin, kemudian jatuh entah di mana, adalah kuasa dan kehendak-Nya. Fenomena malam dan siang, hujan dan kemarau, deruan angin bertiup, awan berarak, mentari menyinar, juga adalah atas kehendak-Nya. Semua adalah takdir dan iradahnya.


Musibah dan ujian adalah untuk menguji para hamba-Nya. Setiap hambanya akan diuji. Apalagi bagi mereka yang telah mengaku sebagai orang yang beriman, maka pengakuan itu perlu pembuktian. Hanya melalui ujian yang datang silih berganti, seseorang dapat membuktikan keimanannya kepada Allah SWT. Dan Allah telah menegaskan dalam firman-Nya:"Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan mengatakan, `Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji lagi?” ( Al-Ankabuut: 2)


Dengan adanya ujian yang diberikan oleh Allah, insyaAllah akan dapat meningkatkan keimanan kita kepadaNya.Semakin berat musibah yang kita berjaya atasi, bererti kesempatan untuk meningkatkan keimanan kita semakin besar. Yakinlah bahwa Allah mencintai kita. Rasulullah sawbersabda :“Tiada henti-hentinya cubaan akan menimpa orang mukmin dan mukminat, baik mengenai dirinya, anaknya, atau hartanya sehingga ia kelak menghadap Allah SWT dalam keadan telah bersih dari dosa (HR Tirmidzi)..


Dalam sebuah hadits yang shahih disebutkan, jika Allah rindu kepada hambayang dicintai-Nya, maka Dia akan memerintahkan kepada malaikat untukmengirimkan sebuah paket hadiah berupa ujian. Dalam sebuah hadits Qudsi,Allah SWT berfirman :“Pergilah kepada hamba-Ku, lalu timpakanlah berbagai ujian kepadanya, kerana Aku ingin mendengarkan rintihannya.” (HR Thabranidari Abu Umamah)








Saturday, January 8, 2011

Akhlak Rasulullah


Muslim meriwayatkan daripada Sa'adbin Hisyam katanya: "Aku telah bertanya kepada Aisyah, ummul mukminin, aku berkata kepadanya: ceritakanlah kepadaku mengenai akhlak Rasulullah s.aw." beliau berkata: " Adakah kamu membaca al-Quran?" Aku menjawab : "Ya" Aisyah kemudian berkata : "Akhlak baginda adalah al-Quran."



Friday, November 19, 2010

Pernahkah Kau Bermimpi Berada di Tempatnya...

Assalamu'alaikum...Kepada semua saudara2ku yang bergelar insan...Macam mana perjalanan hidup ??? Harap2 semuanya berjalan lancar. Walau bagaimanapun, pada sesiapa yang sedang diuji...jangan putus asa denganNya...Tentu ada rahmatNya yang tersembunyi. Insya Allah...

Setelah 22 tahun aku menjalani kehidupan ini, terlalu byk yang aku pelajari...Walaupun aku tahu, pengalamanku tidaklah semantap pengalaman org lain..tapi adalah juga yang boleh aku kongsikan kat sini...Huhu...pengalaman yang xbrapa peribadi la...aku tak berapa suka kongsi pengalaman peribadi...Segan....Biarlah ia jd rahsia hatiku....

Kisah yang aku nak share adalah pengalaman aku tym posting kt satu tempat yang agak terpencil...Lupa plak nk gtau y aku nie student nurse... Aku happy sangat coz aku dpt posting kt tempat yang tenang dan sunyi..Rasa kedamaian dalam diri dpt menikmati keindahan alam ciptaanNya.

Aku dan 6 orang lagi rakan ditempatkan di female ward. 1st tym menjejakkan kaki ke dalam ward aku rasa ward 2 sunyi sgt..Setelah aku amati, bilangan katil kosong kat ward 2 lebih ramai drpd patient. huhu....

Tatkala Mdm Aini memperkenalkan staffnurse, JM,, staff2 dan menunjukkan keadaan dlm ward itu, tiba2 aku aku terpempan apabila seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 50an dtg dan seolah2 ingin memeluk kawan aku yang sorg ni (male student nurse), Aman namanya, sambil wanita tu tunjukkan satu kertas yang sudah hendak terkoyak.Kat situ ada tertulis "Selamat Pengantin Baru Romina dan Robert".Apa lagi aku tambah takutla...Huhu...Aku plak yang rasa takut, padahal yang dipeluk c Aman bukan aku. Kenapa aku takut????Emmm....susah nak cakap, coz appeareance dia n perangai dia yang agak pelik 2 kot...Astagfirullah...Tak sepaatutnya aku takut, wlu cm mana pun rupa dan peliknya perangai dia...Dia tetap makhluk teristimewa ciptaan Allah sama seperti aku. Memang semenjak aku kecil, aku takut dengan orang kurang upaya...Aku tak tahu mengapa...Jika ada rancangan pasal orang kurang upaya kat tb, sebolehnya aku sembunyi kat blakang bapa...Bapa aku tarik aku, dia nasihat aku spy jgn takut...Tapi, nama pun bdk2...kalau da takut...takut la...Tp Alhamdulilllah...dari ari ke ari, aku cuba melawan ketakutanku itu...Kalau tak, takkan la aku teringin untuk menjadi seorang nurse=)

Emm...aku sambung kisah pasal Romina...Rupa2nya, Romina nie mengidap hypothyrodism, cretinism and have history of seizure.Patutlah rupa dia mcm gmbar yang ada kt lecture slide ari 2. Kiranya, Romina mmg mental retarded (terencat akal). Tapi pada hakikatnya, Romina sgt sihat, bole makan, mandi, tergelak macam orang biasa. Tapi kenapa dia ada kat ward 2???

Sebenarnya, Romina tak perlu pun berada kat hospital, coz dia mmg tak sakit...Tapi, ahli keluarga dia tak dapat dihubungi. So...dia pun ditempatkan di hospital itu wat sementara waktu untuk menunggu panggilan dr pusat kebajikan....Emm...aku tak pernah bermimpi berada di tempat Romina. Romina mendapat kasih syg drpd nurse2 kt ward, dan patient2 yang lain. Tak kurang juga ada y sengaja mencari gaduh dgn Romina.

Romina sgt suka membantu...Walaupun pd hakikatnya, dia pun ptt dibantu...Oleh kerana dia sudah terlalu lama dlm ward 2, dia seolah-olah arif sgt dgn keadaan ward 2...Setiap mlm dia akan tlg ttp tingkap dan langsir ward...pabila pagi, dia pulak yang akan buka. Kalo ada org yang bg mknn kt dia..Dia mst akan bg kt patient lain..terutama kpd anak2 patient...Romina jg sgt sensitif...Kalo ada yang mengusiknya...dia akn cpt ngs....Maka kamilah y akn memujuknya...

Satu ari, masa tu aku dan 2 org kwn shift pg Romina pggl aku...dia nie kdg2 ingt nama org2...kdg2 lupa...Aku dan kwn2 kt dia short term memory..." Lia...aku mau mkn ayam...boleka blikan di kantin...." sambil Romina hulurkan wang kertas seringgit..." Emm...knapa mau bli d kantin??Nanti mkn tgh ari kan ada...." tanyaku. Mukanya, da masam... Aku try pujuk " ok2, nanti Lia beli..tp mst tny staffnurse dlu ya..." kataku....Dia marah dan lepastu aku lihat dia terus nangis. Sebenarnya, bukan aku tak nak beli..Tapi sebenarnya, Romina xda gigi...Hari2 dia makan bubur+ lauk y dikisar...Kawan aku, nasihatkan..tak bole ikut semua kehendak dia...sbb ble memudaratkan dia. Aku pun takut...kalo ada apa2, aku plak dipersalahkan. Tapi aku tetap bersedih...Tak lama kemudian, aku pujuk dia lagi...dan kali nie aku berjaya...Yessss.....

Terlalu byk rasanya, kenangan aku dan dia selama satu bln lbh bersama...Romina suka menyanyi...Kdg2 aku bg dia dgr lagu yang ada dalam handphone 2....Oleh krn, Romina suka lagu yang evergreen maka lagu yang menjadi pilihannya adalah lagu raya..Coz 2 jak lagu yang agk lama ada kt hp ku...emmm...telatahnya.. yang macam kanak2 amat menghiburkan....

Aku rasa cukupla sedikit, tentang Romina yang bole aku kongsikan...Sekarang nie, khabar yang aku terima Romina da masuk ke rumah org tua di sebuah daerah...Moga Romina akan bahagia di sana...

Yang paling penting sebenarnya...kepada sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang kurang upaya. Jagalah mereka dengan sebaiknya...Mereka xpatut diabaikan, x boleh disishkan...Kita yang waras dan sihat nie haruslah bertanggungjawab..Aku tau, ramai lagi insan seperti Romina yang diabaikan keluarga sendiri...Renung2 kan lah...pernahkah kau bermimpi berada di tempatnya??? Sekiranya kau berada di sana, mahukah kau diperlakukan sedemikian???

Friday, October 15, 2010

Ibu...tolong kawan Fitri!!!


Assalamu'alaikum...hari nie aku nak kongsi satu crita yang agak menyentuh kalbu. Cerita nie lecturer aku y critakan td kat klas. Jadi aku rasa nak kongsikan ngan shbt2 y sudi membaca ruangan ni. Tapi aku modified skit citer ni , agar tampak lbh tragis dan sesuai untuk tontonan umum=)

Sepasang suami isteri mempunyai anak yang sedang berada dalam pasukan askar. Hati ibu bapa manalah yang tidak bangga mempunyai anak yang gagah berani membela negara. Setiap hari mereka menghitung hari, menunggu kepulangan anak yang yang dirindui. Hanya gambar sebagai pengubat rindu bila anak mereka dihantar bertugas jauh diperantauan. Sekian lama menunggu, akhirnya masa yang dinanti hampir tiba. Lagi seminggu anak yang dirindui akan kembali pulang. Tidak sabar rasanya sang ibu hendak menatap dan mendakap buah hatinya itu. Suatu ptg, si ibu mendapat panggilan dari anak lelakinya, Fitri.
"Salam ibu, ibu sihat?" Fitri memulakan bicara.
"Wasalam ibu chat nak, ibu tak sabar nak tggu kepulangan Fitri, cpt blik ya nak" kata si ibu.
"Ya ibu. Ibu...emmm....bolehka fitri bawa kawan Fitri datang tggl sekali dgn kita?"
"Sudah tentulah Fitri, jemputlah dia ke rumah. Apa nama kawan Fitri tu?"
Nama dia Taufik bu...Tapi dia cacat bu..kedua belah kaki dia kudung gara2 terkena tembakan semasa dalam hutan. bolehkah ibu dan bapa bantu dia?" tanya Fitri.
" La yakah? Susah la mcm tu Fitri, xda sapa yang nak jaga nanti, ibu ngan ayah kau ni dah tua. Dah tak larat dah nak menguruskan org lain, diri sendiri pun payah nak urus." rungut si ibu.
"Ibu tak kesian ka kat dia ibu. Dia xda sapa2 lagi nak bergantung. Ibu tolong kawan Fitri bu!" rayu Fitri
"Maaf la Fitri ayah dan ibu xdpt nak bantu kwn Fitri tu. Ibu tskut nanti dia menyusahkan ibu dan ayah" tambah si ibu lagi.
"Tak pa la kalo gitu ibu, Fitri akn minta tlg org lain".

Selepas seminggu, si ibu dan ayah terkesima apabila mendapat tahu anak mereka mati membunuh diri. Apabila lapis mayat itu dibuka, maka telihatlah sekujur tubuh yang telah kaku. Alangkah terperanjat suami isteri itu apabila melihat mayat anak mereka tidak berkaki. Maka fahamlah mereka, cerita Fitri tentang sahabatnya itu adalah untuk memberi gambaran tentang dirinya sendiri. Betapa sedih dan sebaknya si ibu dan ayah kerana tidak dapat memahami maksud tersirat yang hendak disampaikan. Fitri yang telah kecewa dengan musibah yang menimpa dirinya, tidak dapat menerima kenyataan dan beranggapan bahawa ibu dan bapanya tidak mahu menerimanya lagi. Dia juga tidak mahu menyusahkan ibu bapanya lagi. Tapi sayang, jalan singkat yang telah dipilihnya. MasyaAllah...
Moga kita semua dapat ambil pengajaran dari kisah nie. Ingatlah seandainya kita rasa kita tidak ada sesiapa lagi di dunia nie, yakinlah bahawa kasih syg dan rahmatNya kepada hambanya lebih besar dari segalanya. Allahuakhbar!!!

Emmm....Bila aku mula2 dgr crita nie, masa Fitri beritahu yang ada kawan dia yang cacat nak tggl ngan family dia aku dah dpt agk yang 2 sbnrnya adalah dia. Aku pun tak tahu napa aku terfikir bgtu...Tapi hati aku dapat rasakan begitu. Ada apa dengan HATI???

Sunday, October 10, 2010

Tuhan Berikan Aku Cinta...













Walau aku senyum bukan beerti,
Aku selalu bahagia dalam hari,
Ada yang tak ada di hati ini,
Di jiwa ini hampa,

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku,
Mungkin akan ada cerita cinta,
Namun ada saja cubaan hidup
Seakan aku hina,

Tuhan berikanlah aku cinta,
Untuk temaniku dalam sepi,
Tangkap aku dalam terangmu,
Biarkanlah aku punya cinta,

Tuhan berikanlah aku cinta,
Aku juga berhak bahagia,
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta...

Saturday, October 9, 2010

Ketika Cinta Bertasbih...













Rasanya tanpa lidah, cinta lebih jelas lagi
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Biarpun lidah sudah menghuraikan dengan jelas
Kata-kata akan pecah berkeping-keping ketika sampai bab cinta
Dalam menghuraikan cinta akal terbaring tidak berdaya
Bagaikan keldai yang terbaring dalam lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan

(Petikan puisi Rumidalam Diwan Shamsi Tabriz, diterjemahkan oleh Abdul Hadi W.M)

Thursday, September 30, 2010

Dilanda Masalah?Berpura-pura bahagia? Atau pamerkan kesedihan!!!




















Inilah adikku yang menghadapi masalah dengan ketua kelasnya...Love u awang=)

Assalamu'alaikum teman2..Sihatkah anda? Bahagiakah anda? Tenangkah hati dan jiwa anda? Adakalanya, kita kelihatan bahagia dari luarannya, tapi di dalam hanya Allah yang mengetahui betapa kita menanggung sebuah derita yang amat perit. Tapi ada juga yang apabila mengalami masalah semuanya tertulis di raut wajahnya. Dia tidak berdaya untuk menyembunyikan rahsia hatinya yang sedang berkecamuk. Anda pula tergolong dalam kelompok yang mana? kelompok yang berpura-pura bahagia atau kelompok yang mempamerkan segala kesedihan atau pun masalah yang dihadapi.

Golongan yang berpura-pura bahagia.
-Benarkah mereka yang berada di kelompok ini adalah mereka yang ego? Tidak mahu berkongsi kisah duka dan problema mereka kerana tidak mahu dianggap lemah oleh sesiapa.
-Mungkinkah mereka ini adalah golongan yang optimis bahawa masalah atau kesedihan yang dihadapi dapat mereka selesaikan, tanpa men'show off' nya kepada orang lain?
-Ataupun, adakah mereka jenis yang tidak mahu berkongsi masalah mereka dengan sesiapa kerana takut membebankan orang lain??? em...tapi mampukah anda hendak selesaikan masalah anda sendiri jika anda terus berdiam???

Golongan yang pamerkan kesedihan.
-Adakah mereka yang sentiasa tonjolkan kesedihan mereka dihadapan orang lain adalah orang yang lemah jiwa? Setujukah???
-Apakah mereka ini jenis yang ingin berkongsi kisah bahagia dan duka bersama-sama orang yang dipercayai???
-Ada yang berpendapat kalau kita kelihatan sedih ramai yang hendak hulurkan bantuan..Ya ka???
-Sebenarnya tidak mahu kelihatan sedih di hadapan kawan2, tapi tak dapat kawal emosi..."It is really a big probem u know, can't bear it anymore..."

Jadi, apa pendapat anda???Anda di golongan yang mana? kenapa anda di golongan itu??? sebenarnya, apabila kita dilanda masalah, itu adalah 1 perkara yang normal. Tapi, macamana pulak jika masalah yang kita hadapi itu sangat rumit? Berkait rapat dengan soal hidup mati misalnya, ataupun membabitkan maruah...Rasanya itu bukanlah 1 perkara yang mudah atau ringan...Ya saya akui...tapi yakinlah dengan Dia yang Maha Pencipta...Dia Maha Mengetahui segalanya.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya..."
- al-Baqarah:286-

Tahap seseorang itu bereaksi dan beradaptasi dengan masalah berbeza2...Sebagai contoh pelajar A gagal subjek add math, dia sangat frust kerana dia pertama kali gagal dalam subjek itu, tapi lain ceritanya dengan pelajar B, walaupun gagal dia tidak merasakan apa2 apatah lg merasa sedih kerana memang dia tak pernah lulus sebelum ni. jadi, kedua2 mereka berbeza pandangan dalam menghadapi hal yang sama. Saya ada 1 lagi analogi lain, seorang wanita elit yang kerja di pejabat dan seorang wanita lasak yang bekerja di sawah padi...Dijadikan cerita, 1 hari mereka tercucuk jarum...pada pendapat kamu, wanita mana threshold sakitnya rendah? Ya, sudah pastilah wanita pejabat yang sentiasa duduk di bawah aircond and diselaputi make up yang tebal...dibandingkan wanita kampung yang kerja di sawah di bawah terik mentari dan keringat menjadi alat soleknya...

Usia juga memainkan peranan. Orang kata makin meningkat usia semakin matang? Betulkah? Tidak semestinya rakan2...Itu terpulang pada seseorang individu itu bagaimana kebijaksanaannya mengggunakan akal fikiran yang dikurniakan Allah.
Jenis masalah yang dihadapi juga berbeza2, saya sgt lucu dan terhibur mendengar cerita masalah adik bongsu saya yang berusia 9 tahun...

Satu hari saya bertengkar manja dengannya...

Adik: Kak kamu fikir kamu sajakah yang ada masalah?
Saya: Kamu pun ada masalahkah??? Kecik2 ada masalah, apa la masalahmu???
Adik: Tu la kakak ndak tau, ketua kelasku selalu tulis namaku, padahal bukan aku bising di kelas...aku mau pegi tandas pun dia ndak suru...Tekanan ba aku...
Saya:?????? Sapa suru kamu bising di kelas...
Adik: Mana da saya bising kak lia...Dia tu saja mau tulis nama saya....

Moral of the story, kepada adik2, berbaiklah dengan ketua kelas anda=)

Sunday, July 25, 2010

Dia Kekasih Allah















Malu rasanya mengatakan cinta

Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah
-Hijjaz-


Kita mengaku bahawa kita adalah umatnya Kita mengharapkan syafaatnya Kita melafazkan rasa cinta padanya... Tapi sejauh mana kita semaikan rasa cinta kita pada dia kekasih Allah? Sejauh mana kita sematkan baginda Rasulullah dalam sanubari kita?

Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku. Lalu Rasulullah s.a.w berkata:” Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri. Umar pun berkata:” Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku. Baginda berkata kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!”
Riwayat Muslim

Konklusinya, tanyalah iman kita sejauh mana kita mencintai baginda Rasulullah... adakah cinta kita padanya lebih besar daripada kita cinta pada para artis, selebriti dan seangkatan dengannya, kerana mungkin ada yang berpendapat bahawa artis yang dipuja-puja itu indah, cantik, kaya. pada hakikatnya siapalah mereka jika hendak dibandingkan dengan Muhammdad kekasih Allah. Allahuakhbar.

Wednesday, April 7, 2010

Senyuman Penawar Duka...

Senyumlah...Walau hatimu berkocak duka
Senyumlah... Walau nuranimu dirantai nestapa
Senyumlah...Walau jiwamu sesak dihimpit dilema...

Ukirkanlah senyuman indah ketika dirimu sedang bersedih,
Percayalah itu adalah satu usaha untuk menentang kesedihanmu,
Renunglah dunia ini sedalam-dalamnya,
Lihatlah, di sana insan yang lebih malang daripadamu,
Si anak kecil yang tidak pernah kenal erti kesenangan dan kemewahan,
Ketakutan dan tangisan menjadi teman sejati,
Si anak muda tekun belajar di sekolah pertempuran,
Menggunakan doa dan senjata,
Beruniformkan darah dan air mata...

Tataplah dunia dengan mata hati,
Pantaskah dunia yang sementara ini ditangisi?
Janganlah takut pada kegelapan malam,
Kerana fajar pagi yang menyingsing pasti menebar cahayanya,
Begitu juga kesedihan akan diganti kebahagiaan,
Yakinlah ALLAH Maha Adil...
Bila fikiranmu diserabuti masalah,
Kau harus tahu kepada siapa hendak kau mengadu...

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang."
(Ar-Ra'd: 28)

Janganlah terpengaruh dengan bisikan musuh,
Jalan mudah bukan penyelesaiannya,
Keseronokan sementara tak kekal lama,
Sebaliknya,
Carilah Dia, kembali pada jalanNYA...
Sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha penyayang,

"Jika hamba-hambaKU bertanya kepadamu (Muhamamad) tentang Aku,
maka sesungguhnya aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang
yang berdoa apabila dia berdoa kepadaku."

(Al-Baqarah: 186)


Lalu, janganlah bersedih lagi,
Senyumlah menghadapi hari-hari berikutnya,
Kerana kita ada Dia, yang menciptakan kita menjadi sebaik kejadian,
Dia yang memberi kita pinjaman kenikmatan dan kebahagian di dunia ini,
Jangan bazirkan, jangan disorok sahaja,
Gunakan sebijaknya agar kita dapat menjadi khalifah di bumiNYA ini...Amin...
Salam Inspirasi.


Friday, March 26, 2010

Cintaku...

Ayahanda dan bonda tersayang...
Sambutlah salam rindu dan sayang anakmu dari kejauhan...Doakan semoga anakmu sentiasa berada di landasan yang benar...YA Allah, berikanlah kesejahteraan kepada insan yang kucintai ini...Amin

Thursday, March 25, 2010

Renungan Sejenak...

Jika aku memandang rendah kepadamu, bermakna ia adalah satu pengakuan bahawa aku pun bukanlah orang yang sempurna.

Contohilah bintang yang bercahaya, dan jangan takut dengan malam yang gelap gelita.

Bersabarlah menghadapi pahit mahung dunia, kerana sabar itu akan mewariskan kebijaksanaan.

Perkara-perkara kecil dan remeh sering mengheret orang yang bijak turut menjadi gila.

Carilah nikmat dalam kesedihan, kerana tidak ada yang kekal di dunia ini, termasuk kesedihan itu sendiri.

Wednesday, March 24, 2010

Aduhai Hati...

Aduhai hati,
Mengapa kau begitu rapuh...Mengapa kau harus menangisi dunia ini, sungguh dunia ini tidak layakuntuk ditangisi...

Aduhai hati,
Kehidupan ini memang tak seindah yang kita impikan, tak juga semudah yang kitafikirkan...Namun kita mesti tegar menghadapinya

Aduhai hati,
Kembalilah pada penciptamu...
Hanya DIA yang menberimu kekuatan...

Saturday, January 23, 2010

Fatimah az Zarah Puteri yang Dermawan

Aduhai sahabat...Masa ini, sungguh ramai yang mengagungkan orang yang tidak selayaknya. Mengapa kita begitu bangga dengan manusia biasa, semata-mata keran a merekamempunyai sedikit kelebihan? Malah merekalah yang melalaikan kita daripada mengagungkan kebesaran Allah S.W.T. Rupa paras yang cantik dan suara yang merdu itu adalah kurniaan Allah kepada kita...Semua itu hanya pinjaman daripada pemilik kepada yang dimiliki..Kenapa kita tidak mencintai dan mengagumi tokoh-tokoh besar dalam sejarah Islam, yang telah memperjuangkan Islam. Mengapa kita tidak jadikan tokoh-tokoh yang berakhlak mulia sebagai idol dan sumber inspirasi kita. Kali ini, marilah kita sama-sama mengenali seseorang yang amat mulia akhlaknya. Fatimah adalah contoh tokoh wanita Islam yang patut menjadi tamsilan untuk kita. Fatimah adalah puteri Rasulullah yang sangat dermawan dan suka membantu mereka memerlukan pertolongan. Fatimah adalah cerminan sifat-sifat ayahnya. Fatimah mendengar sabda ayahnya: "Kedermawanan adalah satu daripada pohon-pohon syurga. Dahan-dahannya menjulur ke bumi. Barangsiapa mengambil satu daripadanya, maka dahan-dahan itu akan membawanya ke syurga." (Riwayat Imam al-Baihaqi, sya'bul iman: 10451

Allah merakam perilaku mulia Rasul dan keluarganya yang mengutamakan keperluan orang lain dari kepentingan diri mereka. sebagaimana firman Allah, maksudnya: " Dan mereka mengutamakan orang lain atas diri mereka sendiri, meski diri mereka sendiri sebenarnya memerlukannya." (al-Haysr: 9)
Diceritakan oleh Ibn al-Jauziy, Rasullulllah pernah membuatkan sehelai baju untuk fatimah pada malam pernikahannya kerana pada waktu itu fatimah hanya memiliki sepasang baju itu pun sudah penuh dengan tampalan. Tiba-tiba seorang papa berdiri di pintu rumahnya dan meminta baju yang layak dipakai. Mula-mula, Fatimah hendak memberikan bajunya yang penuh tampalan itu. Manun dia teringat akan firman Allah yang bermaksud: " Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan yang sempurna, sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang paling kamu cintai." (ali-Imran:92)
Fatimah lalu memberikan baju barunya kepada papa tersebut. Menjelang hari pernikahannya, Jibril datang memberinya sebuah baju yang terbuat daripada sutera hijau. Melihat perilaku mulia Fatimah tersebut, wanita-wanita yahudi yang hadir kemudian memeluk Islam. Tidak lama kemudian suami mereka juga masuk Islam.


Cintamu milik Siapa?

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Tuhanku, aku mohon supaya cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan (aktiviti) yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu."

Hadis riwayat Tirmidzi: 3341

Sahabat, perasaan cinta itu adalah fitrah semulajadi insan. Sahabat, kita tidak dapat mengusir perasaan kasih sayang yang hadir kerana ianya naluri kita sebagai insan. Sahabatku, kita lahir di muka bumi ini pun kerana wujudnya cinta dan kasih sayang. Namun janganlah kita jadikan cinta sebagai dalang sehingga kita sanggup membelakangkan batas-batas syariatNya. Cinta yang tersemai dalam diri kita perlulah disuburkan terlebih dahulu kepada Allah. Dialah pencipta kita. Diikuti cinta kepada kekasihnya Allah, Rasullah S.A.W. Baginda juga idola cinta yang ulung. Lupakah kau sahabat, bagaimana cintanya baginda kepada kita, umatnya. Jangan pula kau lupa ibu bapamu, insan yang telah melahirkan dan membesarkan kau dengan kasih sayang dan cinta. Merekalah insan pertama yang mengajarkan kau erti cinta. Ya, mungkin kau tidak menyedarinya, kerana kau menyatakan cinta pertama mu si pulan bin si pulan. Benarkah begitu sahabat? Cintamu milik siapa? Sahabat, janganlah kau menganggap cinta sejati itu adalah cinta kekasihmu yang belum tentu menjadi milikmu. Kau seolah-olah terpukau dengan keindahan cinta yang penuh dengan noda dan dosa. Dan apabila kita terlalu alpa, dan menyahut bisikan syaitan hingga kita terjelepok jatuh ke lembah kemaksiatan, adakah kita berhak menyalahkan cinta? Cinta ciptaan Illahi...Cinta tidak bersalah. Janganlah kerana kekhilafan diri kita menuding kepada yang lain...Ingatlah sahabat, tiada cinta yang sejati, melainkan cintanya Pencipta. Wallahualam.