Saturday, March 26, 2011

Jodoh dan Takdir


Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan

Cinta dan Kecewa

Pernah tak rasa kecewa??? Kenapa ek??? Banyak sebab??? Ya..that’s right. Kecewa boleh disebabkan daripada banyak faktor. Tapi seringkali faktor yang begitu dominan dengan kekecewaan ni adalah masalah percintaan dan hubungan rumah tangga. ‘Dia tak setia, dia main kayu tiga, tak serasi, terlalu mengongkong’ dan banyak lagi adalah penyebab berlakunya perpisahan atau pun perceraian dalam sesuatu hubungan. Bila terputusnya ikatan kisah cinta itu, maka kecewalah si fulan dan si fulan ini…ok fine, tapi berapa lama nak kecewa ni??? Kat bawah nie, ada beberapa reaksi orang terhadap kekecewaan dalam percintaan dan perhubungan nie… Jom tengok korang rasa, korang masuk dalam kategori mana…

Pencinta yang kecewa 1:

“Aku sayang sangat kat dia, aku tak tau nak wat apa tanpa dia, hidup aku da tak semangat. Selama nie dialah pembakar semangat hidup aku. Dialah jiwa aku, dialah hidup aku”

Pencinta yang kecewa 2:

“Baik aku mati jer kalau gni, wat pa nak hidup kalau dia tak bersama aku lagi. Aku tak sanggup lihat dia bahagia dengan orang lain. Bunuh diri adalah yang terbaik.”

Pencinta yang kecewa 3:

“ Apa aku kesah, aku boleh cari lain kowt…Bukan ada tak nak aku lagi…Satu pegi sepuluh mari maaa”

Pencinta yang kecewa 4:

“ Semua yang berlaku adalah kehendakNya. Mesti ada hikmah daripada perpisahan ini. Aku harus bangkit untuk orang-orang yang mencintai aku. Aku harus dekatkan diriku padaNya kerana cintaNya adalah cinta hakiki”.

Dah ada jaawapan??? Korang jawab dalam hati jer k…Sebab hati korang, so korang jer yang tau. Tapi mohon sangat2 janganlah buat perkara yang dilarang oleh Allah. Membunuh diri, membalas dendam, putus asa bukan jalan penyelesaian. Janganlah disebabkan cinta manusia, lupa cinta sang pencipta. Sebaiknya elakkan cinta yang melaghokan dan tak ada matlamat. Kalau rasa hati terpaut, ikhtiarkan jalan yang diredhoinya. Jangan biarkan diri hanyut dengan keindahan cinta nafsu semata. Carilah cinta Ilahi, kerna dia adalah pemilik segala cinta…

Bangkitlahlah menghadapi kekecewaan,

Tabahlah menghadapi perpisahan,

Kekuatan iman jadikan penawar kedukaan,

InsyaAllah ada hikmah, InsyaAllah ada sinar,

Yakinlah pada ketentuanNya

~Bila Hati~


Bila Hati…

Bila hati berlagu riang ingatlah Dia,

Bila hati menggapai bahagia ingatlah Dia,

Bila hati gelap suram ingatlah Dia,

Bila hati hancur kecewa ingatlah Dia,

Andai hati…

Andai hati mengejar cinta, kejar dahulu cintaNya,

Andai hati menggamit rindu, rindu dulu redhoNya,

Andai hati digasak benci, bencilah kemaksiatan laranganNya,

Sedarlah hati…

Sedarlah hati bahawa semua ada milikNya,

Sedarlah hati kita adalah hambaNya,

Sedarlah hati hanya segala harap hanya padaNya,

Sedarlah hati Dia adalah Allah yang Maha Agung…

Thursday, March 24, 2011

Ketika Cinta...



Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil...