Friday, February 25, 2011

Ceritera Kehidupan...

Bila kubuka mata ini, kubersyukur ya Allah...Aku masih aku...Aku masih hidup. Aku masih sihat. Perjalananku sebagai seorang pengembara di bumi ini, kurasakan seperti cuaca. Kadangkala hujan, kadangkala panas, kadangkala mendung. Aku pun sama, kekadang aku kuat, gembira dan bersemangat, adakalanya aku rasa lemah, letih, bosan, sedih, sepi, marah dan kecewa. Tapi, bila aku jeling apa yang ada di sekitarku...terlalu ramai mereka yang kurang ernasib baik, tapi mereka tetap tersenyum dan berani untuk menghadap realiti kehidupan.

Baru2 ni, aku posting di wad hemodialisis. Tau tak apa 2 hemodialisis???Apa tu???Hemodialisis ialah satu daripada kaedah rawatan gantian ginjal yang menggunakan mesin hemodialisis, tiga kali seminggu, sekurang-kurangnya 4 jam setiap sesi rawatan. Rawatan boleh dilakukan di pusat rawatan hemodialisis atau di rumah. Pesakit rawatan hemodialisis perlu menjalani pembedahan membuat 'fistula' terlebih dahulu. Bunyinya semacam mudahkan? Ya...aku pun berfikir seperti itu pada mulanya. Bila dah rosak buah pinggang ada juga cara hemodialisis, transplan atau peritoneal dialysis. Kiranya pesakit buah pinggang ni boleh meneruskan hidup macam orang normal yang lain. Fikirku pada awalnya. Benarkah semudah itu? Ironinya, apabila aku mendekati, berbual-bual dan bercerita mengenai kisah hidup mereka, baru aku sedar yang ia tidaklah semudah yang aku fikirkan. Ya...persepsi aku salah. Bayangkan, untuk rawatan hemodialisis seseorang perlu mendapatkan rawatan 3 kali seminggu, selama 4 jam...bagi peritoneal dialisis 30min 4 kali sehari. Adakah masa yang diamabil untuk rawatan ini tidak mengganggu kehidupan sosial para pesakit? Mungkin, jika untuk para pesara atau warga emas yang tidak bekerja lagi, menjalani rawatan tidak begitu mengganggu. Tapi bagaimana dengan pesakit yang masih lagi berusia belasan tahun? Destinasi kehidupan mereka masih lagi jauh. Arah perjalanan mereka masih belum jelas. Bagaimana pula dengan tahap keyakinan dan semangat mereka? Apakah mereka kuat untuk mengorak langkah ke hadapan? Aku sungguh simpati, melihat ramai antara mereka yang masih muda. Malah lebih muda daripada aku. Apa yang lebih menyedihkan, mereka juga tidak menyambung pelajaran. Ya, mungkin masalah kesihatan mengekang mereka untuk maju dalam pelajaran. Adakah itu faktor utamanya? Atau pun mereka ditekan oleh pelbagai masalah lain? Setiap insan ada kisah unik yang tersendiri yang tidak dimiliki dan dirasai oleh orang lain.
Aku berkenalan dengan seorang adik ni. Aku lihat dia seorang yang agak pendiam. Aku cuba untuk berbual dengan dia yang sedang menjalani hemodialisis. Dia tidak kekok pula bila diajak berbicara. Oleh kerana masa yang diambil untuk dialisis ni agak lama, so aku pun gunakan masa ni dengan sebaiknya untuk berbual dengan patient (history taking). Adik ni, dah hampir 2 tahun sakit buah pinggang, tapi baru 3 bulan lebih guna hemodialisis. Sebelum ni, dia guna peritoneal dialisis (CAPD). Tapi oleh kerana dia terkena jangkitan (peritonitis) so, dia pun menjalani rawatan hemodialisis. Dalam famili dia, dia dan emaknya sahaja yang menghidap sakit buah pinggang. Tapi Allah lebih menyayangi maknya. Tinggallah dia yang juga anak sulung, mengalas tanggungjawab menjaga adik2nya. Si ayah yang sepatutnya menjadi tempatnya berpaut sedang meringkuk di penjara. Tak sangka juga adik ni sanggup berkongsi kisah peribadinya. Mungkin dia hanya ingin meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Aku hanya mampu memberi sedikit kata yang kuharap dapat memberinya secebis semangat. Tapi, adakah seorang remaja yang baru berusia 19 tahun dan bergantung dengan mesin dialisis mampu untuk melangkah ke kehidupan yang lebih baik dengan latar belakang sosial yang tidak begitu baik? Dia yang sepatutnya sedang berjuang menimba ilmu terpaksa mengharungi kesulitan hidup. Tapi aku yakin DIA tahu yang terbaik untuk hambaNya, mesti ada hikmah di atas setiap yang berlaku. Aku harap adik tetap teguh, tegar dan tabah meneruskan kehidupan ini. Tidak mustahil dia mampu membuat keajaiban. Aku tahu lidah ini amat mudah mengeluarkan kata2, tapi bagi yang memikul bebannya merasa amat payah..bak pepatah melayu berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ada lagi seorang patient ni baru berusia 22 tahun. Dia telah 7 tahun menjalani hemodialisis. Tidak disangkanya, pembedahan apendiks menyebabkan dia terkena jangkitan di buah pinggang. 24 hari dia koma, satu bulan lebih dia terlantar di ICU. Kini dia meneruskan kehidupannya bekerja di restoran dan menjalani rawatan di hospital. Pada mulanya, dia menyembunyikan identitinya sebagai seorang pesakit, tetapi akhirnya dia berterus-terang dan mujurlah dia tetap diberikan peluang untuk terus bekerja. Walaupun hidup sederhana, tetapi itu sudah memadai. Tak semua yang kita impikan dapat kita realisasikan.
Terlalu banyak rasanya, suka duka kehidupan pesakit2 buah pinggang ni. Bila mereka datang untuk hemodialisis mereka kelihatan sgt rapat antara satu sama lain. berkongsi cerita, bergurau senda, usik mengusik begitu menghiburkanku. Apa yang mengagumkan, mereka sangat expert menjalankan hemodialisis sendiri. Cucuk jarum sendiri, pasang tubing sendiri, ambil tekanan darah sendiri. Sebenarnya, patient2 nie la yang banyak ajar kami para nursing student nie. Terima kasih pada semua...Sesungguhnya, kamu memberi aku seribu satu pengajaran...dan pastinya inspirasi buat aku untuk menjadi hamba yang bersyukur dan nurse yang baik satu hari nanti...Amin=)

Buat semua nurses " When you're a nurse you know that every day you will touch a life or a life will touch yours"- Author unknown.

Saturday, February 5, 2011

Nur Malam


Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

Friday, February 4, 2011

Sepatah Madah untukmu Muslimah...


Muslimah...
Tundukkanlah pandanganmu,
Keraskanlah suaramu,
Tampilkan ketegasanmu,
Jangan kau rapuh di depan sang Adam,
Ketuk kealpaan mereka, bangunkan mereka dari mimpi...
Jauhi cinta palsu andai tak mahu hanyut dalam kehancuran.

Muslimah,
Mana malumu, mana maruahmu,
Jangan kau gadaikan dirimu,
Demi cinta yang tidak suci,
Simpanlah cintamu,
Untuk yang selayaknya kau cintai,
Yang pasti untuk Sang Pencipta,
Pemilik Cinta hakiki...

Muslimah,
Jadilah seperti Khadijah,
Contohilah peribadi Fatimah,
Tabah dalam perjuangan,
Tegar menghadapi dugaan,
Indah personaliti, indah budi dan hati,
Begitulah muslimah sejati...