Saturday, January 23, 2010

Fatimah az Zarah Puteri yang Dermawan

Aduhai sahabat...Masa ini, sungguh ramai yang mengagungkan orang yang tidak selayaknya. Mengapa kita begitu bangga dengan manusia biasa, semata-mata keran a merekamempunyai sedikit kelebihan? Malah merekalah yang melalaikan kita daripada mengagungkan kebesaran Allah S.W.T. Rupa paras yang cantik dan suara yang merdu itu adalah kurniaan Allah kepada kita...Semua itu hanya pinjaman daripada pemilik kepada yang dimiliki..Kenapa kita tidak mencintai dan mengagumi tokoh-tokoh besar dalam sejarah Islam, yang telah memperjuangkan Islam. Mengapa kita tidak jadikan tokoh-tokoh yang berakhlak mulia sebagai idol dan sumber inspirasi kita. Kali ini, marilah kita sama-sama mengenali seseorang yang amat mulia akhlaknya. Fatimah adalah contoh tokoh wanita Islam yang patut menjadi tamsilan untuk kita. Fatimah adalah puteri Rasulullah yang sangat dermawan dan suka membantu mereka memerlukan pertolongan. Fatimah adalah cerminan sifat-sifat ayahnya. Fatimah mendengar sabda ayahnya: "Kedermawanan adalah satu daripada pohon-pohon syurga. Dahan-dahannya menjulur ke bumi. Barangsiapa mengambil satu daripadanya, maka dahan-dahan itu akan membawanya ke syurga." (Riwayat Imam al-Baihaqi, sya'bul iman: 10451

Allah merakam perilaku mulia Rasul dan keluarganya yang mengutamakan keperluan orang lain dari kepentingan diri mereka. sebagaimana firman Allah, maksudnya: " Dan mereka mengutamakan orang lain atas diri mereka sendiri, meski diri mereka sendiri sebenarnya memerlukannya." (al-Haysr: 9)
Diceritakan oleh Ibn al-Jauziy, Rasullulllah pernah membuatkan sehelai baju untuk fatimah pada malam pernikahannya kerana pada waktu itu fatimah hanya memiliki sepasang baju itu pun sudah penuh dengan tampalan. Tiba-tiba seorang papa berdiri di pintu rumahnya dan meminta baju yang layak dipakai. Mula-mula, Fatimah hendak memberikan bajunya yang penuh tampalan itu. Manun dia teringat akan firman Allah yang bermaksud: " Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan yang sempurna, sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang paling kamu cintai." (ali-Imran:92)
Fatimah lalu memberikan baju barunya kepada papa tersebut. Menjelang hari pernikahannya, Jibril datang memberinya sebuah baju yang terbuat daripada sutera hijau. Melihat perilaku mulia Fatimah tersebut, wanita-wanita yahudi yang hadir kemudian memeluk Islam. Tidak lama kemudian suami mereka juga masuk Islam.


Cintamu milik Siapa?

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Tuhanku, aku mohon supaya cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan (aktiviti) yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu."

Hadis riwayat Tirmidzi: 3341

Sahabat, perasaan cinta itu adalah fitrah semulajadi insan. Sahabat, kita tidak dapat mengusir perasaan kasih sayang yang hadir kerana ianya naluri kita sebagai insan. Sahabatku, kita lahir di muka bumi ini pun kerana wujudnya cinta dan kasih sayang. Namun janganlah kita jadikan cinta sebagai dalang sehingga kita sanggup membelakangkan batas-batas syariatNya. Cinta yang tersemai dalam diri kita perlulah disuburkan terlebih dahulu kepada Allah. Dialah pencipta kita. Diikuti cinta kepada kekasihnya Allah, Rasullah S.A.W. Baginda juga idola cinta yang ulung. Lupakah kau sahabat, bagaimana cintanya baginda kepada kita, umatnya. Jangan pula kau lupa ibu bapamu, insan yang telah melahirkan dan membesarkan kau dengan kasih sayang dan cinta. Merekalah insan pertama yang mengajarkan kau erti cinta. Ya, mungkin kau tidak menyedarinya, kerana kau menyatakan cinta pertama mu si pulan bin si pulan. Benarkah begitu sahabat? Cintamu milik siapa? Sahabat, janganlah kau menganggap cinta sejati itu adalah cinta kekasihmu yang belum tentu menjadi milikmu. Kau seolah-olah terpukau dengan keindahan cinta yang penuh dengan noda dan dosa. Dan apabila kita terlalu alpa, dan menyahut bisikan syaitan hingga kita terjelepok jatuh ke lembah kemaksiatan, adakah kita berhak menyalahkan cinta? Cinta ciptaan Illahi...Cinta tidak bersalah. Janganlah kerana kekhilafan diri kita menuding kepada yang lain...Ingatlah sahabat, tiada cinta yang sejati, melainkan cintanya Pencipta. Wallahualam.